-->

Solawat Yang Diriwayatkan Oleh Al-Fakihani

Solawat Yang Diriwayatkan Oleh Al-Fakihani
Wahai Allah! Limpahkanlah solawat ke atas roh Muhammad pada segala roh, dan ke atas jasadnya pada segala jasad, dan ke atas kuburnya pada segala kubur.”

Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-Nabhani:

Telah berkata Al-Imam Asy-Sya’rani bahawa Baginda j telah bersabda : “Sesiapa yang mengucapkan (solawat) dengan kaifiat ini, dia akan melihatku pada Hari Kiamat. Dan sesiapa yang melihatku pada Hari Kiamat, aku akan memberikan syafa’at kepadanya. Dan sesiapa yang aku berikan syafa’at kepadanya, dia akan minum dari telagaku dan Allah akan mengharamkan jasadnya daripada api neraka.”

Dan telah disebutkan perkara ini oleh para pemberi komentar Ad-Dalail dengan tambahan (dibaca) tujuh puluh kali.
Dan daripada (Al-Imam) Al-Fakihani , “Aku telah mengujikaji (telah mencuba) solawat ini sebelum aku tidur sehinggalah aku terlena. Maka aku telah melihat (bermimpi) wajah Baginda yang mulia, di atas permukaan bulan dan aku telah berkata-kata dengan Baginda j. Kemudian Baginda telah ghaib di dalam bulan. Dan aku meminta kepada Allah Yang Maha Agung, demi kemegahan Baginda , agar Dia menyampaikan kepadaku baki nikmat ini, yang telah dijanjikan oleh Baginda di dalam hadits yang mulia ini.”

----------------------
Tambahan:

habib munzir sering menganjurkan sholawat ini untuk bertemu dengan rasul dalam mimpi
LihatTutupKomentar
y