-->

Solawat Yang Diriwayatkan Oleh Ruwaifi’ ibn TsabitAl-Ansori

Solawat Yang Diriwayatkan Oleh Ruwaifi’ ibn TsabitAl-Ansori
“Wahai Allah! Limpahkanlah solawat ke atas Muhammad dan tempatkanlah dia dengan tempat yang dekat denganMu pada hari kiamat.”

Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-Nabhani:

Di dalam beberapa komentar Ad-Dalail dikeluarkan At-Tabrani, Ahmad, Al-Bazzar dan Ibn Abi ‘Ashim telah mengeluarkan riwayat bagi solawat ini daripada Ruwaifi’ ibn Tsabit Al-Ansori .

Beliau telah berkata, “Telah bersabda Rasulullah , “Sesiapa yang mengucapkan, “Wahai Allah! Limpahkanlah solawat ke atas Muhammad dan tempatkanlah dia dengan tempat yang dekat denganMu”, wajiblah baginya syafa’atku.”

Telah berkata Ibn Katsir bahawa sanadnya (sanad bagi hadits ini) adalah hasan,dan pada satu lafaz, “..... tempat yang dekat di sisiMu”, dan Al-Imam Asy-Sya’rani telah menyebut solawat ini di dalam Kasyf Al-Ghummahdengan lafaz, “......... tempat yang dekat di sisiMu pada Hari Kiamat.”
LihatTutupKomentar
y